Assalamualaikum wbt...
Salam Perkenalan semua.. Selamat ber'blogging' la yea.. hehehe.. ini adalah account blog ke-2 yang fara wujudkan khas untuk dunia masakan fara kepada anda semua.. :) Sebenarnya keinginan untuk merealisasikan blog masakan ni dah lama ada.. cuma masa tu je yang takde.. maklum laa fara ni bukan full housewife, So, masa untuk berblogging tu amat sikit sekali.. Pagi-pagi lagi dah keluar menghantar anak2 ke baby sitter pastu terus bergegas ke ofis.. fara x drive sendiri ke ofis.. hubby tak benarkan fara pegi kerja sendiri.. bahaya katanya.. ^_^.. Then, petang dalam pukul 5.30ptg baru keluar daripada ofis.. bergegas pegi amik anak.. pastu baru balik rumah & bermulalah aktiviti wajib setiap hari.. apa lagi memasak laa.. hehehe..
Sebenarnya hari ni adalah hari paling bermakna buat fara sebab hari ni laa terciptanya blog memasak nih.. blog yang dah sekian lama menjadi impian & akhirnya menjadi realisasi.. ^_^
Menggunung harapan untuk berkongsi kisah suka duka hidup fara.. berkongsi menu2 istimewa.. & berkongsi apa juga cerita indah yang terjadi di sepanjang perjalanan hidup fara.. :)
Minat yang mendalam dalam dunia masakan mendorong fara untuk mencipta satu blog teristimewa untuk tatapan bersama rakan2 semua..
Bagi fara, masakan adalah salah satu cara untuk kita meluahkan rasa sayang.. cinta & kasih kita pada keluarga.. pada suami & juga pada anak2..
Walau seharian penat bekerja, tapi keperluan & tanggungjawab pada keluarga tetap menjadi keutamaan dalam hidup fara.. "family is my priority".. Melihat keletah & ragam anak2 benar2 mencuit naluri keibuan fara.. hilang segala rasa penat di badan.. melihat suami & anak2 menghabiskan setiap masakan yang kita sediakan adalah satu kenikmatan yang sukar untuk digambarkan.. :-)
Ok laa.. panjang pulak ceramah fara hari nih yea.. hehe.. semoga dengan terciptanya blog ini dapat fara berkongsi segala suka & duka bersama anda semua..
Salam sayang semua!!!
❤ ~ Be not angry that you cannot make others as you wish them to be, since you cannot make yourself as you wish to be - Thomas à Kempis ~ ❤
0 Comments:
Post a Comment