Wednesday 5 September 2012

BEEF LASAGNA



Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat dari Allah SWT sebab masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi hari rabu ni.. Apa khabar sahabat fara di luar sana? harap2 semuanya dalam limpahan rahmat Ilahi selalu..

Hemm.. kali ni apa plak menu yang fara nak kongsikan bersama anda semua ye.. pasti ada yang tertanya & mengintai2 blog rakan2 kita pagi2 ni kan.. mencari apa la menu yang nak dihidangkan tgahari ni.. bukan apa kadang2 asyik masak menu yang sama je boleh buat kita rasa bosan jugak kan. sesekali nak jugak menukar selera.. tak gitu?? hehe..





Untuk hari ni fara dengan suka hatinya nak share 1 lagi menu yang sangat2 sedap & mengenyangkan iaitu Lasagna daging bersoskan tomate paste.. Sebenarnya hari tu bila tengok adik fara buat macam sedap je kan.. dengan tekstur lasagna & kuah daging tu benar2 menggamit hati ni untuk mencubanya plak dan Alhamdulillah menjadi & mendapat pujian daripada suami.. dia kata " sedappp.. " hihi.. apa lagi kembang la hidung ni sekejap kan.. ^_^

Anak fara yang sulung si Dina tu pun sanggup menahan mata daripada tido semata2 nak tunggu ibu dia ni siapkan makanan ala2 barat ni.. huhu.. mana taknya dia punye bau lasagna tu menusuk ke kalbu laa.. satu rumah bau harum je.. (",)

satu lagi untungnya buat lasagna ni ialah ianya sangat2 mengenyangkan.. satu adunan tu boleh makan sampai 4/5 orang.. kalau untuk keluarga yang kecil macam keluarga fara ni memang boleh makan berkali2 la.. boleh buat untuk dinner membawa sampai ke breakfast esok paginya.. jimat sikit poket sebab tak perlu breakfast di luar.. sangat2 berbaloi.. ^_~



SEJARAH LASAGNA


Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua yang menandakan hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (laganon) iaitu kunci kira-rata doh pasta yang dipotong menjadi jalur. Perkataan (lagana) masih digunakan dalam bahasa Yunani bermaksud sejenis rata nipis roti yang tidak beragi.

Teori lain adalah lasagna merupakan perkataan yang berasal dari Yunani (lasana) atau (lasanon) yang bermaksud "tatakan kaki tiga atau stand for periuk", "ruang periuk". Orang-orang Rom meminjam perkataan sebagai "lasanum", yang bermaksud "periuk" dalam bahasa Latin. Orang-orang Itali menggunakan perkataan untuk merujuk kepada hidangan di mana lasagna dibuat. Kemudian nama makanan mengambil nama pinggan hidangan.

Teori ketiga telah dicadangkan ialah hidangan ini merupakan satu perkembangan Bahasa Inggeris resipi abad ke-14 "Loseyn" seperti yang diterangkan dalam Forme of Cury, buku memasak ini digunakan semasa pemerintahan Richard II. Walau bagaimanapun, teori ini masih menjadi perbalahan kerana ia boleh dikatakan bahawa tomato adalah asas ramuan lasagna. Ini tidak tiba di Eropah sehingga selepas Columbus sampai ke Amerika pada tahun 1492 (Perbincangan terawal tomato dalam kesusasteraan Eropah muncul dalam herba yang ditulis pada tahun 1544 oleh Pietro Andrea Mattioli manakala buku masakan terawal yang ditemui dengan resipi tomato telah disiarkan dalam Naples dalam 1692, walaupun penulis telah nampaknya mendapat resepi dari sumber-sumber Sepanyol



BEEF LASAGNA




Bahan-bahan ( 6 orang ):

300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat
cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak) Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Mozarella Cheese & Instant Lasagna





                                                       Meat Sauce & Meat Sauce

Cara-cara:

Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)





                                              Sekejap je dah tinggal separuh.. ^_^







0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...