Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah bersua lagi kita di hari ke-13 bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Apa khabar sahabat2 fara di luar sana? harap2 masih lagi bersemangat menjalani ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah dekat setengah bulan kita berpuasa. Bila dah sampai di hujung2 bulan Ramadhan nie terasa sayu hati sebab Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga Allah panjangkan usia kita semua supaya kita dapat merasai Ramadhan pada tahun hadapan.
(Gambar Hiasan)
Sekarang nie dah mula terasa suasana hari raya. bukan sahaja di kampung2 tetapi juga di kawasan bandar. Maklum laa macam fara nie duk kat taman perumahan jadi riuh rendah dengan suara anak2 bermain mercun & bunga api tu dah mula terasa. Boleh dikatakan setiap hari laa lepas je berbuka puasa & solat maghrib, dah menjadi satu kemestian untuk anak2 jiran ni bermain bunga api & mercun. berdentam dentum bunyi mercun kat depan rumah. masing2 semua berlumba2 mengeluarkan stok mercun masing2. Sekarang nie perlbagai jenis mercun & bunga api ada dijual dipasaran antaranya mercun bola, mercun mancis, mercun padi, air bomb laa.. Hari tu ada la juga bersembang dengan suami fara bercerita pasal mercun & bunga api nie. tergelak sekejap bila suami sebut ada mercun 'tikus'.. "haaa?? biar betul ada mercun nama tikus.." hehe.. tapi fara tak pernah tengok lagi la macam mana rupa mercun tikus tu. tak tahu la rupa bentuk dia tu akan2 dengan tikus ke tidak.. hihi..
Kadang2 risau juga melihat anak2 nie bermain mercun. bukan apa kalau musim perayaan je mesti penuh berita baik di tv & suratkhabar cerita pasal kanak2 cedera akibat bermain mercun. Tapi bila senyap je & takde hiruk pikuk bunyi mercun nie macam x best la pula.. hehe.. Apa2 pun yang paling penting sekali adik2 semua kena la berhati2 & berwaspada selalu yea. pastikan ibu & ayah ada bersama2 untuk memantau keselamatan adik2 semua. Kalau nak main mercun tu main yang biasa2 je tau. Jangan main mercun yang berisiko tinggi untuk adik2 tercedera.. Bak kata orang tua2 tu " Main mercun untuk buat syarat je"..^_^)Y
Mak aii besarnya mercun.. ishhh3.. ^_^
Ok la dah penat rasanya nie fara duk membebel je dari tadi.. Sebenarnya hari nie fara nak berkongsi satu lagi menu sayuran yang menjadi kegemaran fara iaitu sayur cendawan goreng. Kalau semua nak tahu menu nie juga adalah kegemaran ayah mertua fara. Kalau balik kampung Serkat, masak sayur cendawan nie memang x cukup kalau masak setakat 1 paket.. bukan habis dimakan dengan nasi tapi habis diratah camtu je.. :-) Jom kita berkongsi sedikit perihal cendawan nie.. Sambil2 kita menambah ilmu pengetahuan kita menganai cendawan..
JENIS-JENIS CENDAWAN
Terdapat 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam. Jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran antaranya ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju), Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida), Cendawan Abalone (Pleurotus systidiosus), Cendawan Shitake (Lentinus polytricha), Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha), Cendawan Jerami Padi (Volvoveilla volcacea) dan Cendawan Butang (Agaricus spp).
Cendawan Tiram Putih (Oyster Mushroom)
Cendawan Tiram berbentuk kipas, tumbuh secara berkumpulan di kawasan liar dan kawasan
penanaman, selalunya pada batang pokok yang sedang reput. Warnanya pelbagai, dari kelabu pucat, ke coklat gelap. Batangnya kelabu peputihan. Rasa cendawan tiram yang mentah sangat tajam dan sedikit pedas, tetapi menjadi sederhana setelah dimasak.
Rasa dan teksturnya dikatakan berjus, sedikit rasa seperti lada hitam, dan boleh digoreng lalu dijadikan makanan tambahan sesuai untuk masakan berkuah. Cendawan tiram tidak digalakkan dimakan mentah kerana mengandungi toksin semulajadi yang boleh mengganggu penghadaman. Apabila dimasak, bukan sahaja bacteria akan dibunuh, malah proses pemanasan akan menghapuskan dinding fungus dan mengeluarkan rasa yang enak.
Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan Abalon
Cendawan Berangan
Cendawan Jarum Mas
Cendawan Jerami
Cendawan Telinga Kera
Cendawan Bunga Kobis
Cendawan Kukur / Sisir
Cendawan Tiram Kuning
Cendawan Perut Lembu
Cendawan Ling Zhi
Cendawan Merah Jambu
Cendawan Peha Ayam
Cendawan Shitake
KHASIAT CENDAWAN TIRAM KELABU
TEKNIK / KAEDAH PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU
Penyediaan bahan
- Bahan yang digunakan untuk menyediakan media cendawan ini ialah habuk kayu getah, dedak padi, kapur pertanian dengan nisbah (100:10:1) dan kelembapan air 75 peratus.
- Sebagai contoh, untuk menyediakan 200 beg media, campuran yang diperluaskan adalah 100 kilogram (kg) habuk kayu getah, 10 kilogram (kg) dedak padi dan 1 kg kapur pertanian dan dicampurkan dengan air agar kelembapan campuran tersebut adalah 75 peratus.
Pembungkusan dan pengukusan
- Campuran media yang telah disediakan akan dimasukan ke dalam beg plastik polypropylene (PP) yang berukuran 30 sentimeter (sm) x 10sm x 10 sm dan dipadatkan.
- Penapis udara dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup (cap) beserta dengan span.
- Beg PP ini perlu dikukus selama antara empat dan enam jam pada suhu 1,000 darjah C dan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama 28 jam (dua hari).
Penyuntikan benih dan pemeraman
- Sebelum kerja penyuntikan dijalankan, langkah kebersihan perlu dijalankan iaitu kebersihan diri, bilik suntikan dan pastikan tiada kotoran atau habuk serta membuat semburan larutan basmi kuman seperti Dettol, Lysol dan Jeypine.
- Peralatan suntikan adalah spatula/dawai.
- Penyuntik, spirit,lampu, pemetik api dan pelindung pernafasan.
- Tangan perlu dicuci dengan larutan basmi kuman dan pakai pelindung pernafasan.
- Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit dan bakar.
- Panaskan mulut botol benih dan leraikan benih dengan dawai penyuntik.
- Suntikan lima hingga lapan gram benih cendawan bagi setiap beg PP dan tutup beg PP dengan penutup dan disusun di bilik pemeraman.
Pemeraman
- Proses pemeraman dijalankan dalam bilik biasa yang mana micelium akan dibiarkan merebak hingga memenuhi keseluruhan media substrat.
- Proses ini pada kebiasaannya mengambil masa 50 -60 hari dimana beg PP yang rosak atau tercemar akan diasingkan dan beg PP yang elok akan dipindahkan ke bilik penghasilan.
Penghasilan
- Selepas empat hingga lima hari penutup pengudaraan dibuka, putik cendawan akan kelihatan.
- Selepas cendawan tumbuh dan hasil cendawan tersebut dikutip, hasil cendawan tersebut bolehlah dibungkus mengikut kesesuaian.
- Selepas cendawan dipetik, beg PP direhatkan selama tujuh hingga 10 hari dengan menutup semula permukaan beg PP dan dibuka selepas itu untuk kutipan hasil kedua dan seterusnya dengan cara yang sama hingga enam atau lapan kali kutipan.
- Suhu optimum dalam bilik penghasilan adalah 250 darjah C dengan kelembapan di antara 80 dan 95 peratus.
- Untuk mendapatkan keadaan sedemikian penyiraman perlu dijalankan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.
- Cahaya yang sesuai adalah adalah dalam keadaan yang mana seseorang boleh membaca tulisan akhbar di dalam bilik berkenaan.
Musuh dan penyakit
- Perosak utama adalah tikus, lalat, lipas, hama dan nematoda.
- ulat lain yang biasa menyerang media substrat adalah seperti Penicillium, Aspergillus danTrichoderma.
- Pengawalan adalah dengan menjaga kebersihan rumah cendawan dan rak-rak dengan menggunakan bahan kimia basmi kuman seperti Dettol dan Lysol setiap kali habis musim penanaman.
Bulan puasa nie bercerita pula pasal makanan kegemaran boleh buat lidah kita kecur.. hehe.. mulalah dalam kepala nie merancang balik nanti nak singgah kedai beli cendawan.. boleh buat menu buka puasa.. Ok la kepada kawan2 fara kat luar sana mana2 yang rasa2 teringin nak makan sayur cendawan nie boleh lah jengah2 resepi cendawan goreng nie yang sangat2 mudah untuk disediakan. tak mengambil masa yang terlalu lama pun.. sekejap je dah siap!! hehe.. selamat mencuba.. ^_~
Bahan2 :
1 paket cendawan tiram kelabu
3 biji cili padi (dihiris)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji lada besar merah (dihiris)
1 biji lada besar hijau (dihiris)
Minyak untuk memasak
Sedikit garam & gula
Sedikit serbuk pati ayam Maggi
1 paket cendawan tiram kelabu
3 biji cili padi (dihiris)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji lada besar merah (dihiris)
1 biji lada besar hijau (dihiris)
Minyak untuk memasak
Sedikit garam & gula
Sedikit serbuk pati ayam Maggi
Cara2 :
Cuci bersih cendawan tiram kelabu & toskan airnya. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili besar merah & hijau hingga naik aromanya.
Masukkan cendawan tiram kelabu. Perasakan dengan serbuk pati ayam Maggi, sedikit
garam & gula. Biarkan sehingga cendawan masak (tak perlu tambah air kerana cendawan itu sendiri akan mengeluarkan air). Jangan biarkan sampai cendawan terlalu layu. Angkat & sedia dihidangkan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili besar merah & hijau hingga naik aromanya.
Masukkan cendawan tiram kelabu. Perasakan dengan serbuk pati ayam Maggi, sedikit
garam & gula. Biarkan sehingga cendawan masak (tak perlu tambah air kerana cendawan itu sendiri akan mengeluarkan air). Jangan biarkan sampai cendawan terlalu layu. Angkat & sedia dihidangkan.
Sumber Rujukan :
http://fazlisyam.com/cendawan
http://www.trymasak.my
http://cendawanglobal.blogspot.com/2007/12/khasiat-cendawan-tiram-kelabu.html
http://projekcendawan.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment