Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Thursday, 6 September 2012

CHICKEN BACON RANCH PIZZA


Assalamualaikum wbt.. 

Apa khabar sahabat2 fara di luar sana? tengah buat ape tu? petang2 mcm ni biasanya si ibu sibuk di dapur.. nak sediakan makan malam.. si ayah pulak sibuk di laman.. membersihkan halaman rumah.. tak kurang jugak yang sibuk membelek2 kereta macam suami fara.. hihi.. biasanya kalau di rumah, selain sibuk melayan kerenah anak2 memang kereta tu la yang dibelai2nya.. ada je yang nak diubah kat kereta tu. padahal pada mata fara dah elok je kereta tu.. tapi pada pandangan suami tetap jugak ada kurangnya.. itu la yang dinamakan minat kan.. macam fara jugak minat pada dunia masakan.. macam2 menu kita nak cuba kan.. huhu.. jadi, sebagai isteri tak salah kita pun nak jatuh cinta sekali dengan minat suami asalkan ianya tak melebihi batas agama.. yang paling penting dua2 enjoy!! (^_^)V


Hemm hari ni fara nak kongsikan satu lagi resepi ala2 barat.. hihi.. Homemade pizza.. memang yummy.. sebenarnya dari minggu lepas lagi fara dah pasang niat nak cuba buat pizza ni sendiri.. alhamdulillah menjadi.. fara buat 1 adunan je tapi boleh dapat 2 set pizza berukuran 12 inci diameter.. besar kan?? hehe.. Sebenarnya kalau mengikut resepi asal adunan ni kena naik sehingga sekali ganda daripada adunan asal.. tapi disebabkan tak cukup masa maklum la cik suami nak keluar meeting pukul 9.30mlm & fara start prepare pukul 7mlm.. so fara cuma ada masa tak sampai 2 jam untuk sediakan pizza ni.. tu yang terpaksa uli awal adunan tu.. perap tak sampai 1 jam pun pastu terus letak topping dia & bakar balik.. 


Satu adunan tu pun dh boleh dapat banyak sebenarnya.. so, memang kenyang la kalau makan untuk 5/6 orang.. suami fara siap bawa 1 set untuk menjamu kawan2 kelab kereta dia meeting malam tadi.. Alhamdulillah bila bangun pagi tadi tengok loyang tu licin tak bersisa.. Alhamdulillah dapat bersedekah.. takde la membazir kan.. :-)


Ok la bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ni boleh la take note apa bahan2 yang nak digunakan kat bawah ni.. selamat mencuba & menjamu selera.. ^_~



CHICKEN BACON RANCH PIZZA
Recipe by : Serving Joyfully




Ingredient for the dough (For 3 sets of pizza 12" diameter) :
1 package dry active yeast (2 1/4 teaspoons)
1 cup lukewarm water
1 tbsp sugar
1 tbsp olive oil
1 tsp salt
2-3 cups all-purpose flour
Toppings (For 1 set of pizza only) :
1/4 cup ranch dressing
1 cup shredded mozzerella cheese
1/4 cup shredded cheddar cheese
1-2 chicken breast, diced into small pieces.
1 medium tomato, diced
1 tbsp bacon bits.
What to do:
1. Pour 1 cup lukewarm water into large bowl. Sprinkle yeast on top, followed by the sugar. Let this sit for about 5 minutes or so, until it’s foamy at the top. This is important. Do not skip this step.
2. After the yeast is ready (foamy), add olive oil, salt, and 1 cup of flour. Using a wire whisk, beat this together.
3. Add 1 more cup of flour, and mix well with a spoon. You should have a dough that you can work with your hands, but it can be a little sticky, you’ll add more flour while kneeding.
4. Kneed the dough for about 10 minutes, or until it is smooth and elastic. Add flour to your surface and hands as needed.
5. Let dough sit in a warm spot, covered with a towel, for 1 hour, or until doubled in size. In order to get my dough warm enough, I have to sit it on the back of the stove with the oven turned on to warm, I’ve seen many tricks to this, but it’s important that it be warm enough, otherwise it won’t rise well and your dough will end up too dense.
6. Once dough is risen, punch it down and turn out onto your floured surface. Pre-heat oven to 500 degrees. Separate into 3 balls of dough, leaving them all covered except the one you’re working with. Using a well-floured rolling pin, roll the dough out until it is approximately 1/4 inch thick (give or take a little).  Your dough should be in approximately a 12 inch circle.
7.  Place dough (with no toppings) in oven and bake for about 7-8 minutes. 
8. Take dough out of oven and spread ranch dressing over it, like sauce.  Top with mozzerella  cheese, chicken, tomatoes, bacon bits, and finally the cheddar cheese on top.
9. Bake at 500 degrees for about 10 minutes, or until cheese is melted and slightly browned.



1 set pizza untuk menjamu kawan2 suami.. ^_^
Picture by Nur Akmal Jumaat





~ SELAMAT MENCUBA!!! ~







Wednesday, 5 September 2012

BEEF LASAGNA



Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat dari Allah SWT sebab masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi hari rabu ni.. Apa khabar sahabat fara di luar sana? harap2 semuanya dalam limpahan rahmat Ilahi selalu..

Hemm.. kali ni apa plak menu yang fara nak kongsikan bersama anda semua ye.. pasti ada yang tertanya & mengintai2 blog rakan2 kita pagi2 ni kan.. mencari apa la menu yang nak dihidangkan tgahari ni.. bukan apa kadang2 asyik masak menu yang sama je boleh buat kita rasa bosan jugak kan. sesekali nak jugak menukar selera.. tak gitu?? hehe..





Untuk hari ni fara dengan suka hatinya nak share 1 lagi menu yang sangat2 sedap & mengenyangkan iaitu Lasagna daging bersoskan tomate paste.. Sebenarnya hari tu bila tengok adik fara buat macam sedap je kan.. dengan tekstur lasagna & kuah daging tu benar2 menggamit hati ni untuk mencubanya plak dan Alhamdulillah menjadi & mendapat pujian daripada suami.. dia kata " sedappp.. " hihi.. apa lagi kembang la hidung ni sekejap kan.. ^_^

Anak fara yang sulung si Dina tu pun sanggup menahan mata daripada tido semata2 nak tunggu ibu dia ni siapkan makanan ala2 barat ni.. huhu.. mana taknya dia punye bau lasagna tu menusuk ke kalbu laa.. satu rumah bau harum je.. (",)

satu lagi untungnya buat lasagna ni ialah ianya sangat2 mengenyangkan.. satu adunan tu boleh makan sampai 4/5 orang.. kalau untuk keluarga yang kecil macam keluarga fara ni memang boleh makan berkali2 la.. boleh buat untuk dinner membawa sampai ke breakfast esok paginya.. jimat sikit poket sebab tak perlu breakfast di luar.. sangat2 berbaloi.. ^_~



SEJARAH LASAGNA


Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua yang menandakan hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (laganon) iaitu kunci kira-rata doh pasta yang dipotong menjadi jalur. Perkataan (lagana) masih digunakan dalam bahasa Yunani bermaksud sejenis rata nipis roti yang tidak beragi.

Teori lain adalah lasagna merupakan perkataan yang berasal dari Yunani (lasana) atau (lasanon) yang bermaksud "tatakan kaki tiga atau stand for periuk", "ruang periuk". Orang-orang Rom meminjam perkataan sebagai "lasanum", yang bermaksud "periuk" dalam bahasa Latin. Orang-orang Itali menggunakan perkataan untuk merujuk kepada hidangan di mana lasagna dibuat. Kemudian nama makanan mengambil nama pinggan hidangan.

Teori ketiga telah dicadangkan ialah hidangan ini merupakan satu perkembangan Bahasa Inggeris resipi abad ke-14 "Loseyn" seperti yang diterangkan dalam Forme of Cury, buku memasak ini digunakan semasa pemerintahan Richard II. Walau bagaimanapun, teori ini masih menjadi perbalahan kerana ia boleh dikatakan bahawa tomato adalah asas ramuan lasagna. Ini tidak tiba di Eropah sehingga selepas Columbus sampai ke Amerika pada tahun 1492 (Perbincangan terawal tomato dalam kesusasteraan Eropah muncul dalam herba yang ditulis pada tahun 1544 oleh Pietro Andrea Mattioli manakala buku masakan terawal yang ditemui dengan resipi tomato telah disiarkan dalam Naples dalam 1692, walaupun penulis telah nampaknya mendapat resepi dari sumber-sumber Sepanyol



BEEF LASAGNA




Bahan-bahan ( 6 orang ):

300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat
cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak) Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Mozarella Cheese & Instant Lasagna





                                                       Meat Sauce & Meat Sauce

Cara-cara:

Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)





                                              Sekejap je dah tinggal separuh.. ^_^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...