Monday, 3 September 2012

ADAM & HAWAA.. SWEETNYAA..





Assalamualaikum..

Salam tengahari semua.. hemm tengahari lagi ke..? rasanya dah masuk ke petang ni.. hehe..
Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 3 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Macam mana dengan lebaran tahun ni? meriah atau biasa2 je? Biasa laa bila raya menjelma setiap tahun semua orang akan rasa gembira & bahagia disamping keluarga tercinta.

Fara semalam sempat lagi la beraya ke rumah sahabat baik yang dah lama sangat tak bersua muka. Hampir 4 tahun jugak la tak jumpa. So, semalam dapat jumpa macam2 cerita yang dibualkan. Timbul la balik kisah-kisah lama masa zaman bekerja di Phielo Damansara dulu..
Fara dulu kerja di syarikat swasta sebagai pelukis pelan bahagian perundingan. Selepas berkahwin fara menetap terus di Pontian ni hingga la sekarang.. :) 

Tengahari ni fara agak rileks sikit. banyak kerja dah settle sebelum cuti hari kemerdekaan 
minggu lepas. So, Memandangkan fara tak keluar makan 1 jam lunch hour ni apa lagi melayan drama favorite la kat astro..hehe.. Sebuah drama yang diadaptasi daripada karya novelis terkenal Aisya Sofea berjudul Adam & Hawa. 
Drama ni mula ditayangkan sejak minggu lepas lagi.. Setiap hari isnin hingga khamis jam 9 mlm di Astro Mustika. Drama yang dibarisi oleh pelakon2 terkenal iaitu Aaron Aziz & Nadiya Nissa sebagai peneraju utama ini mengisahkan tentang Ain Hawanizaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.




Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. 
Ah… Adam pasrah!
Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam.
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar 
dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…


Ain Hawani bersama penulis novel Adam & Hawa, Aisya Sofea

Fara memang peminat Aisya Sofea & novel Adam & Hawa ni adalah antara koleksi kesayangan fara. Banyak kali baca pun takkan rasa bosan sebab jalan ceritanya yang menarik selain kisah suka duka perjalanan hidup Ain yang kesepian membawa hati yang terluka.
Pendek kata kalau betul2 dihayati boleh bergenang la airmata.. hehe..

Jom kita tengok gambar2 di sebalik tabir drama Adam & Hawa ni.. Gambar2 ni fara ambil daripada official facebook untuk drama Adam & Hawa ni.. Sesiapa yang nak tahu perkembangan drama ni dari semasa ke semasa boleh la 'like' page Official Facebook Adam & Hawa.

Ain Hawani & Adam Mukhriz


Adam Mukhriz








 Ain Hawani selepas habis study di Perth, Australia & pulang ke M'sia





























Adam Mukhriz bersama ibu & kak zah





Adam Mukhriz bersama Dee lakonan Anzalna Nasir














Puteri Sarah sebagai Erin, Adik kepada Adam Mukhriz














Adam Mukhriz & Ain Hawani menjadi raja sehari















[trailer] Adam & Hawa - Astro Mustika HD 







0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...