Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

NASI AYAM IPOH PELANGI



Assalamualaikum semua.. (",)

Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Hari nie genap la 18 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Semoga hari ini lebih baik daripada hari2 semalam. Dah 2,3 hari juga fara tak update blog nie.. bukan apa, masa untuk update n3 ni amat terbatas lebih2 lagi bila dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa. Sebenarnya fara sibuk sikit kebelakangan ni nak menyiapkan tempahan kuih raya. Selepas berbuka puasa je terus ke dapur nak bakar biskut raya yang orang tempah. Letih tu memang letih tapi tapi tak sampai hati pula nak tolak tempahan orang lebih2 lagi bila dah dekat nak raya nie..


Hari ni fara nak kongsikan 1 lagi resepi nasi ayam yang memang sedap iaitu Nasi ayam ipoh pelangi. Jauh tau menu ni datang daripada Ipoh nun jauh di sana.. hehe.. Ribuan terima kasih pada Kak Azlita Masam Manis sebab sudi berkongsi resepi yang sedap2 belaka. Memang tak rugi mencuba resepi dari blog akak.. Terima kasih banyak2 yea kak.. (",) Izinkan fara kongsikan disini pula..

Resepi ni fara buat minggu lepas untuk berbuka puasa dengan keluarga. Kebetulan pula anak fara yang no 2 tu memang suka makan nasi ngan sup ayam. Jadi, sambil2 buat juadah untuk berbuka puasa, boleh la suap si kecil tu makan sekali lauk kegemaran dia.. hehe..

Untuk resepi nasi ayam ipoh pelangi nie fara hidangkan bersama ayam goreng tepung yang fara pernah buat dulu. cuma kali ni fara tak kukuskan dengan kuah kari. fara cuma gorengkan sahaja. sebab takut pedas pula kalau kukus dengan kuah kari. Maklum laa anak kecil2 lagi. So, kena la ikut selera diorang berdua juga..  Ibu dengan ayah dia ni ikut jela kan.. Yang penting apa yang dimasak tu sedap dimakan & pinggan pun licin!! Hehe..

Ok la kepada sesiapa yang terasa macam nak mencuba Nasi ayam ipoh pelangi ni boleh la review resepi kat bawah ni ye.. Boleh juga buat untuk juadah iftar petang nanti.. Selamat mencuba!!


NASI AYAM IPOH PELANGI
Recipe by Azlita Masam Manis 

Mula-mula kita kena sediakan sup dia dulu sebab kita nak gunakan kuah sup tu untuk memasak nasi kita nanti.



SUP AYAM

Bahan2 :

4 biji bawang putih diketuk (fara kisar)*
3 inci halia di hiris*
3 helai batang bawang (fara gantikan daun sup)1 biji sengkuang dipotong dadu (fara gantikan kentang)1 sudu besar serbuk lada sulah
2 ketul peha ayam tanpa tulang & dihiris (fara tambah)
1/2 batang lobak (fara tambah)
6 biji fish ball (fara tambah)
sedikit minyak masak untuk menumis
air secukupnya 

1 biji bawang besar dikisar (fara tambah)*




Cara2 :

Tuangkan minyak dalam kuali & tumiskan semua bahan bertanda * ke dalam periuk. Biarkan sehingga naik bau.Masukkan ayam, kentang, lobak & fish ball & air secukupnya.Tutup periuk dan masak hingga didih. Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.





Sekarang ni sementara kita tunggu sup kita masak, kita sediakan pula ayam goreng tepung.


BOXING CHICKEN CURRY



Bahan A

8 keping peha ayam ~ ambil bahagian bawahnya sahaja dan  buangkan kulitnya
1 inci halia ~ dihiris halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang
4 biji cili padi ~ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah ~ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis 



Bahan B

1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas



Bahan C

Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air ~ buangkan bijinya
ita tambah 1 kiub ayam 



Bahan Perap
1 tsp garam

1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan


Cara2 :

Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.. Angkat dan toskan.. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.Sesuaikan rasa dan tutupkan api.Angkat dan tuang di atas ayam tadi.Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.Kukus ayam sehingga masak.Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.




Sekarang ni kita sediakan nasi ayam ipoh pelangi pula..


NASI AYAM IPOH PELANGI

4 mug beras (fara guna beras basmathi - cuci bersih & toskan airnya)

4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia - dikisar3 biji bawang putih - dikisar3 helai batang daun bawang (fara guna daun sup)1 sudu besar minyak bijan (fara guna minyak sunflower)2 sudu besar sos tiram 2 helai daun pandan 4 sudu mentegaSedikit warna, merah, hijau, dan oren






Cara2 :

Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi.Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rataKemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.Tutup periuk nasikTanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.Tutup periuk.Bila nasi dah kering gaul rata.



:: SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERBUKA PUASA ::







Friday, 20 July 2012

NASI KEJU



Assalamualaikum semua.. (",)


Salam tengahari buat semua teman2.. Hari nie lambat sikit fara on9.. maklum la waktu tengahari camni jela baru fara ada masa terluang untuk update blog & BW.. sebab time nie adalah lunch hour office.. :) memandangkan hari nie adalah hari terakhir untuk kita semua menikmati hidangan lunch sebelum berpuasa esok. Apa laa agaknye menu istimewa lunch hari nie yea? hehe.. apa pun di kesempatan ini fara nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan AL-Mubarak.. bulan dimana semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa.. bukan puasa perut je tau tapi perbuatan kita pun kena puasa jugak.. :) Semoga kedatangan bulan mulia ini akan memberikan kita lebih manfaat & keberkatan dalam menjalankan ibadah puasa.. :)



Tahun nie adalah tahun ke-4 fara menyambut puasa sebagai isteri & tahun ke-3 sebagai ibu.. :) Kalau dulu sebelum kahwin, bila nak puasa je kita takde la sibuk sangat duk fikir apa menu nak dihidangkan untuk bersahur nanti.. sebab kita bersahur pun kadang2 sorang2 je memandangkan fara bekerja di KL.. Jadi boleh katakan sahur dengan tak sahur tu sama je.. hihi.. Tapi bila dah bersuami ni tambahan pulak dah ada anak2, kena la do something untuk menu bersahur.. 


Kalau dulu berpuasa di kampung, memang meriah sangat2. Boleh katakan semua adik beradik fara akan balik kampung & sama2 menyediakan juadah untuk bersahur. Memandangkan fara nie anak sulung jadi semua tugas untuk memasak memang la dikhaskan untuk kak long diorang ni ha.. hehe.. Biasanya kalau bersahur memang fara bangun awal.. Pukul 4 pg dah huru hara la dapur tu.. huhuhu.. buat itu buat ini.. bila dah siapkan juadah tu.. haaa time nie la paling menguji kesabaran mental & fizikal.. hihi.. nak mengejut semua2 adik2 fara bangun sahur.. hehe.. adik2 fara ada 5 orang.. jadi jenuh la nak mengejut sorang2 untuk bangun.. macam2 kerenah la nak suruh diorang ni bangkit bersahur.. ada yang dah bangun boleh tumbang balik sambung tido.. ada yang dah bangun dah berjalan ni pun boleh menuju ke bilik air.. depan meja makan pun boleh tido tu pe cerite?? hahahaa.. kadang2 bila teringat balik kenangan menyambut puasa kat kampung ni memang boleh tergelak sorang2.. ^_^


Tu baru cerita nak bersahur belum lagi cerita nak berbuka puasa tu.. hehe.. maklum la 1st day puasa, jadi nafsu nak makan tu berlipat2 kali ganda.. dah menjadi kebiasaan bagi kluarga fara hari pertama nak berbuka puasa tu mesti kita orang pergi ke Bazaar Ramadhan.. Kalau nak pergi tu jangan laa pergi lewat2 sangat sebab orang terlalu ramai. macam fara memang tak suka berebut2 nak membeli juadah berbuka puasa.. so, kebiasaannya fara akan pergi awal sikit.. tapi takde la wal sgt kan.. hehe.. klu pergi awal tu bukan nak beli juadah untuk buka puasa tapi beli untuk lunch pulak.. alahaiii... ^_^


Ok la dah panjang sangat rasanye fara bercerita pengalaman manis menyambut puasa bersama kluarga di kampung..  pastinya anda semua pun merasai kenangan manis yang sukar dilupakan tu kan.. :) 


Hari ni fara nak kongsikan satu lagi resepi nasi untuk hidangan bersahur pagi esok.. resepi ni fara ambil daripada seorang rakan blogger yang menjadi salah satu blog wajib untuk dilawati setiap hari.. hehe.. blog yang pasti membuatkan anda kecur lidah sebab tengok juadah2 yang sedap hasil tangan dari kak ita blog Masam Manis. Terima kasih yea kak ita sebab share resepi sedap sgt2.. Izinkan fara share kat sini pulak yea.. :) Untuk resepi kali nie fara hidangkan nasi keju nie bersama ayam masak rendang.. Tanpa membuang masa jom kita lihat apa bahan2 untuk nasi keju nie.. :) Semoga resepi ini memberi anda inspirasi untuk sajian kluarga tersayang.. Selamat mencuba semua.. Salam sayang daripada fara & selamat berpuasa esok.. puasa jangan tak puasa tau.. hehehe... tataaa... ^_^




NASI KEJU
Resepi by : Kak Ita Masam Manis






Bahan2 :
600 gm beras basmathi (Cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan airnya)
                                          (Air mengikut sukatan beras)
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu besar mentega
2 kiub stok ayam (fara guna air rebusan ayam dan 1 kiub ayam)
Rempah tumis 4 sekawan
Garam secukup rasa.


Cara2 :

Cairkan mentega.
Tumiskan rempah tumis dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya.
Masukkan stock ayam.
Kacau rata dan tuangkan air.
Masukkansecubit garam.
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak.
Akhir sekali parutkan keju cheddar dan gaul rata.
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam (fara hidangkan bersama ayam rendang).







Thursday, 19 July 2012

NASI KISMIS BEREMPAH



Assalamualaikum wbt semua... (",)



Bersua kembali kita yea kawan2.. :) Jangan terkejut pulak tau sebab ni kali ke-2 n3 Fara tuk hari ni.. hehe.. maklum laa rehat kat ofis ni lama.. jadi, tuk menghilangkan boring tu update la teman tercinta ni.. ^_^


Ok la kita terus kepada resepi kali ni.. Resepi ni sebenarnya Fara gabungkan bersama resepi Ayam Mentega Rangup.. So, kepada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi Nasi Kismis Berempah ni boleh la tengok bahan-bahan kat bawah ni yea.. mana la tau kot2 ada bahan yang takde stok kat rumah tu balik nanti boleh laa singgah membeli yea.. :)




Nasi Kismis Berempah






Bahan-bahan :

2 cawan Beras Basmathi

1/2 cawan Beras perang
1/2 tsp Pati ayam Maggi
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
3 ulas Bawang putih (Dicincang)
2 kuntum Bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Sedikit Mentega untuk menumis

Cara-cara :



*  Cuci bersih beras basmathi & beras perang. Toskan airnya. Ketepikan.
*  Dalam kuali, cairkan mentega. Tumiskan bawang besar, bawang putih,
    kulit kayu manis sehingga naik baunya.
*  Kemudian, masukkan pati ayam Maggi. Biarkan sebentar & tutup api.
*  Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik & masukkan 
    beras basmathi & beras perang. 
*  Bila nasi sudah 3/4 masak, masukkan kismis & gaul rata. Tutup semula penutup periuk 
    & biarkan sehingga nasi betul-betul masak & sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba kawan2!!!! ^_^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...