Wednesday, 15 August 2012

SALAM AIDILFITRI




Assalamualaikum semua..

Wahh dah terasa aura Aidilfitri sekarang ni kan.. Baik di desa atau di bandar semua orang dah mula membuat persiapan untuk pulang dan berhari raya di kampung. 

Tahun ni fara dan keluarga akan menyambut raya di kampung fara di Ayer Baloi, Pontian, Johor. Adik-adik semua dah tak sabar nak berkumpul beramai2 menyambut raya bersama. Tak sabar nak makan ketupat, lemang, rendang daging.. wahh dah terliur nih.. ishh jangan sampai batal puasa plak.. hihi

Baju raya fara, suami dan anak2 semua dah tersedia. tinggal nak kemaskan sikit2 je lagi. Hari jumaat fara dah mula cuti. nak siapkan semua barang keperluan sebelum bertolak pulang ke kampung halaman.  

Di kesempatan ini fara nak menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa, tersilap bicara sehingga menyinggung perasaan kawan2 yea.. 

Semoga hari raya yang bakal menjelma 4 hari je lagi ni akan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita semua.. 

Berhati-hati di jalan raya yea.. Salam Lebaran dari fara & keluarga.. ^_^
















Friday, 10 August 2012

ANUGERAH TERINDAH



Assalamualaikum semua.. (",)

Salam petang jumaat yang pernuh barakah.. Hari nie fara tak nak bercerita pasal resepi atau pun makanan sebab fara nak kongsikan 1 lagi minat fara selain daripada memasak iaitu meng'edit' gambar.. hehe.. Sejak dua menjak menjadi isteri kepada seorang fotografer nie minat terhadap gambar & kamera ni makin mendalam. Ditambah pula dengan kehadiran 2 orang puteri yang selalu menjadi penyeri di rumah merangkap model percuma untuk ibu ayah diorang.. ^_^


Nie anak fara yang sulung - Dina -


Selalunya bila berjalan2 kat luar memang diorang akan jadi model tetap. Ada je gambar pelbagai posing yang diambil.  Kadang2 tu ibu ayah dia yang lebih2.. macam2 pose disuruh gayakan.. hehehe.. sian anak2 ibu.. nasib baik laa yang kakak memang suka snap picture. Jadi, x menjadi masalah besar untuk mintak dia pose pelbagai gaya. dia on je.. :)

Nie pula anak fara yang kedua - Dhia -

Dua2 muka seakan2 sama kan.. hehe.. Bila keluar shopping ke mesti ada yang geram tengok mata diorang sebab bulat sangat2.. fara pun hairan nak katakan ikut mata fara tak jugak sebab mata ibu dia ni takde laa besar mana.. biasa2 je.. nak katakan ikut mata ayah dia mungkin kot.. tapi takde la bulat sangat.. ok2 jela.. ^_^


Senyum jangan tak senyum.. hehe


Vroommm... Vroommm... =D





Ni gambar masa holiday di Genting Highland Kota Keriangan.. ^_^


Bila duk office ni sorang2 memang masa fara isikan dengan meng'edit' gambar. rasa puas hati bila dapat hasilkan suatu gambar yang cantik & comel..

Mak aihh tingginya... ^_^


Ishhh malu plak.. hehe.. Ni gambar masa fara nikah 6309.. (",)





Ni gambar persandingan adik fara yang ke2..


Ni pula salah satu logo cadangan untuk kedai fara IR Dina Editorial Photography










Selain menjadi hobi, fara juga ada mengambil pelbagai tempahan untuk iklan, flyer, name card, logo & sebagainya. Minat yang dulunya hanya sekadar hobi di waktu lapang dah menjadi part time sumber pendapatan fara.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas kelebihan yang diberikan..

Haa ni baru logo rasmi IR Dina Editorial Photography


Yang ni salah satu daripada hasil edit untuk sesi photoshoot


Yang ni pun salah satu daripada hasil edit untuk sesi photoshoot


Ini outdoor untuk majlis pertunangan adik fara yang ke-4..











Yang ni pula majlis perkahwinan rakan satu office..









Tuesday, 7 August 2012

NASI AYAM IPOH PELANGI



Assalamualaikum semua.. (",)

Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Hari nie genap la 18 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Semoga hari ini lebih baik daripada hari2 semalam. Dah 2,3 hari juga fara tak update blog nie.. bukan apa, masa untuk update n3 ni amat terbatas lebih2 lagi bila dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa. Sebenarnya fara sibuk sikit kebelakangan ni nak menyiapkan tempahan kuih raya. Selepas berbuka puasa je terus ke dapur nak bakar biskut raya yang orang tempah. Letih tu memang letih tapi tapi tak sampai hati pula nak tolak tempahan orang lebih2 lagi bila dah dekat nak raya nie..


Hari ni fara nak kongsikan 1 lagi resepi nasi ayam yang memang sedap iaitu Nasi ayam ipoh pelangi. Jauh tau menu ni datang daripada Ipoh nun jauh di sana.. hehe.. Ribuan terima kasih pada Kak Azlita Masam Manis sebab sudi berkongsi resepi yang sedap2 belaka. Memang tak rugi mencuba resepi dari blog akak.. Terima kasih banyak2 yea kak.. (",) Izinkan fara kongsikan disini pula..

Resepi ni fara buat minggu lepas untuk berbuka puasa dengan keluarga. Kebetulan pula anak fara yang no 2 tu memang suka makan nasi ngan sup ayam. Jadi, sambil2 buat juadah untuk berbuka puasa, boleh la suap si kecil tu makan sekali lauk kegemaran dia.. hehe..

Untuk resepi nasi ayam ipoh pelangi nie fara hidangkan bersama ayam goreng tepung yang fara pernah buat dulu. cuma kali ni fara tak kukuskan dengan kuah kari. fara cuma gorengkan sahaja. sebab takut pedas pula kalau kukus dengan kuah kari. Maklum laa anak kecil2 lagi. So, kena la ikut selera diorang berdua juga..  Ibu dengan ayah dia ni ikut jela kan.. Yang penting apa yang dimasak tu sedap dimakan & pinggan pun licin!! Hehe..

Ok la kepada sesiapa yang terasa macam nak mencuba Nasi ayam ipoh pelangi ni boleh la review resepi kat bawah ni ye.. Boleh juga buat untuk juadah iftar petang nanti.. Selamat mencuba!!


NASI AYAM IPOH PELANGI
Recipe by Azlita Masam Manis 

Mula-mula kita kena sediakan sup dia dulu sebab kita nak gunakan kuah sup tu untuk memasak nasi kita nanti.



SUP AYAM

Bahan2 :

4 biji bawang putih diketuk (fara kisar)*
3 inci halia di hiris*
3 helai batang bawang (fara gantikan daun sup)1 biji sengkuang dipotong dadu (fara gantikan kentang)1 sudu besar serbuk lada sulah
2 ketul peha ayam tanpa tulang & dihiris (fara tambah)
1/2 batang lobak (fara tambah)
6 biji fish ball (fara tambah)
sedikit minyak masak untuk menumis
air secukupnya 

1 biji bawang besar dikisar (fara tambah)*




Cara2 :

Tuangkan minyak dalam kuali & tumiskan semua bahan bertanda * ke dalam periuk. Biarkan sehingga naik bau.Masukkan ayam, kentang, lobak & fish ball & air secukupnya.Tutup periuk dan masak hingga didih. Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.





Sekarang ni sementara kita tunggu sup kita masak, kita sediakan pula ayam goreng tepung.


BOXING CHICKEN CURRY



Bahan A

8 keping peha ayam ~ ambil bahagian bawahnya sahaja dan  buangkan kulitnya
1 inci halia ~ dihiris halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang
4 biji cili padi ~ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah ~ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis 



Bahan B

1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas



Bahan C

Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air ~ buangkan bijinya
ita tambah 1 kiub ayam 



Bahan Perap
1 tsp garam

1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan


Cara2 :

Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.. Angkat dan toskan.. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.Sesuaikan rasa dan tutupkan api.Angkat dan tuang di atas ayam tadi.Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.Kukus ayam sehingga masak.Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.




Sekarang ni kita sediakan nasi ayam ipoh pelangi pula..


NASI AYAM IPOH PELANGI

4 mug beras (fara guna beras basmathi - cuci bersih & toskan airnya)

4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia - dikisar3 biji bawang putih - dikisar3 helai batang daun bawang (fara guna daun sup)1 sudu besar minyak bijan (fara guna minyak sunflower)2 sudu besar sos tiram 2 helai daun pandan 4 sudu mentegaSedikit warna, merah, hijau, dan oren






Cara2 :

Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi.Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rataKemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.Tutup periuk nasikTanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.Tutup periuk.Bila nasi dah kering gaul rata.



:: SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERBUKA PUASA ::







Thursday, 2 August 2012

BILA ADA DIA.. TAK PANDANG LAIN..



Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah bersua lagi kita di hari ke-13 bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Apa khabar sahabat2 fara di luar sana? harap2 masih lagi bersemangat menjalani ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah dekat setengah bulan kita berpuasa. Bila dah sampai di hujung2 bulan Ramadhan nie terasa sayu hati sebab Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga Allah panjangkan usia kita semua supaya kita dapat merasai Ramadhan pada tahun hadapan. 


(Gambar Hiasan)


Sekarang nie dah mula terasa suasana hari raya. bukan sahaja di kampung2 tetapi juga di kawasan bandar. Maklum laa macam fara nie duk kat taman perumahan jadi riuh rendah dengan suara anak2 bermain mercun & bunga api tu dah mula terasa. Boleh dikatakan setiap hari laa lepas je berbuka puasa & solat maghrib, dah menjadi satu kemestian untuk anak2 jiran ni bermain bunga api & mercun. berdentam dentum bunyi mercun kat depan rumah. masing2 semua berlumba2 mengeluarkan stok mercun masing2. Sekarang nie perlbagai jenis mercun & bunga api ada dijual dipasaran antaranya mercun bola, mercun mancis, mercun padi, air bomb laa.. Hari tu ada la juga bersembang dengan suami fara bercerita pasal mercun & bunga api nie. tergelak sekejap bila suami sebut ada mercun 'tikus'.. "haaa?? biar betul ada mercun nama tikus.." hehe.. tapi fara tak pernah tengok lagi la macam mana rupa mercun tikus tu. tak tahu la rupa bentuk dia tu akan2 dengan tikus ke tidak.. hihi.. 

Mercun Bola


Mercun Bawang / Pop pop



Mercun Lebah



Mercun Telur



Mercun Naga



Mercun Ketupat



Thunder Clap



Mercun Roket



Mercun Papan



Mercun Mancis



Haa yang ni lagi la bahaya... Meriam Buluh buatan sendiri.. :)


Kadang2 risau juga melihat anak2 nie bermain mercun. bukan apa kalau musim perayaan je mesti penuh berita baik di tv & suratkhabar cerita pasal kanak2 cedera akibat bermain mercun. Tapi bila senyap je & takde hiruk pikuk bunyi mercun nie macam x best la pula.. hehe.. Apa2 pun yang paling penting sekali adik2 semua kena la berhati2 & berwaspada selalu yea. pastikan ibu & ayah ada bersama2 untuk memantau keselamatan adik2 semua. Kalau nak main mercun tu main yang biasa2 je tau. Jangan main mercun yang berisiko tinggi untuk adik2 tercedera.. Bak kata orang tua2 tu " Main mercun untuk buat syarat je"..^_^)Y



Mak aii besarnya mercun.. ishhh3.. ^_^


Ok la dah penat rasanya nie fara duk membebel je dari tadi.. Sebenarnya hari nie fara nak berkongsi satu lagi menu sayuran yang menjadi kegemaran fara iaitu sayur cendawan goreng. Kalau semua nak tahu menu nie juga adalah kegemaran ayah mertua fara. Kalau balik kampung Serkat, masak sayur cendawan nie memang x cukup kalau masak setakat 1 paket.. bukan habis dimakan dengan nasi tapi habis diratah camtu je.. :-) Jom kita berkongsi sedikit perihal cendawan nie.. Sambil2 kita menambah ilmu pengetahuan kita menganai cendawan..


JENIS-JENIS CENDAWAN

Terdapat 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam. Jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran antaranya ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju), Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida), Cendawan Abalone (Pleurotus systidiosus), Cendawan Shitake (Lentinus polytricha), Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha), Cendawan Jerami Padi (Volvoveilla volcacea) dan Cendawan Butang (Agaricus spp).


Cendawan Tiram Putih (Oyster Mushroom)


Cendawan Tiram berbentuk kipas, tumbuh secara berkumpulan di kawasan liar dan kawasan
penanaman, selalunya pada batang pokok yang sedang reput. Warnanya pelbagai, dari kelabu pucat, ke coklat gelap. Batangnya kelabu peputihan. Rasa cendawan tiram yang mentah sangat tajam dan sedikit pedas, tetapi menjadi sederhana setelah dimasak. 

Rasa dan teksturnya dikatakan berjus, sedikit rasa seperti lada hitam, dan boleh digoreng lalu dijadikan makanan tambahan sesuai untuk masakan berkuah. Cendawan tiram tidak digalakkan dimakan mentah kerana mengandungi toksin semulajadi yang boleh mengganggu penghadaman. Apabila dimasak, bukan sahaja bacteria akan dibunuh, malah proses pemanasan akan menghapuskan dinding fungus dan mengeluarkan rasa yang enak.




Cendawan Tiram Kelabu


Cendawan Abalon


Cendawan Berangan


Cendawan Jarum Mas


Cendawan Jerami


Cendawan Telinga Kera


Cendawan Bunga Kobis


Cendawan Kukur / Sisir


Cendawan Tiram Kuning


Cendawan Perut Lembu


Cendawan Ling Zhi


Cendawan Merah Jambu


Cendawan Peha Ayam


Cendawan Shitake


KHASIAT CENDAWAN TIRAM KELABU




TEKNIK / KAEDAH PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU

Penyediaan bahan
- Bahan yang digunakan untuk menyediakan media cendawan ini ialah habuk kayu getah, dedak padi, kapur pertanian dengan nisbah (100:10:1) dan kelembapan air 75 peratus.
- Sebagai contoh, untuk menyediakan 200 beg media, campuran yang diperluaskan adalah 100 kilogram (kg) habuk kayu getah, 10 kilogram (kg) dedak padi dan 1 kg kapur pertanian dan dicampurkan dengan air agar kelembapan campuran tersebut adalah 75 peratus.
Pembungkusan dan pengukusan
- Campuran media yang telah disediakan akan dimasukan ke dalam beg plastik polypropylene (PP) yang berukuran 30 sentimeter (sm) x 10sm x 10 sm dan dipadatkan.
- Penapis udara dipasang dengan menggunakan gelang leher dan penutup (cap) beserta dengan span.
- Beg PP ini perlu dikukus selama antara empat dan enam jam pada suhu 1,000 darjah C dan kemudian disejukkan pada suhu bilik selama 28 jam (dua hari).
Penyuntikan benih dan pemeraman
- Sebelum kerja penyuntikan dijalankan, langkah kebersihan perlu dijalankan iaitu kebersihan diri, bilik suntikan dan pastikan tiada kotoran atau habuk serta membuat semburan larutan basmi kuman seperti Dettol, Lysol dan Jeypine.
- Peralatan suntikan adalah spatula/dawai.
- Penyuntik, spirit,lampu, pemetik api dan pelindung pernafasan.
- Tangan perlu dicuci dengan larutan basmi kuman dan pakai pelindung pernafasan.
- Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit dan bakar.
- Panaskan mulut botol benih dan leraikan benih dengan dawai penyuntik.
- Suntikan lima hingga lapan gram benih cendawan bagi setiap beg PP dan tutup beg PP dengan penutup dan disusun di bilik pemeraman.
Pemeraman
- Proses pemeraman dijalankan dalam bilik biasa yang mana micelium akan dibiarkan merebak hingga memenuhi keseluruhan media substrat.
- Proses ini pada kebiasaannya mengambil masa 50 -60 hari dimana beg PP yang rosak atau tercemar akan diasingkan dan beg PP yang elok akan dipindahkan ke bilik penghasilan.
Penghasilan
- Selepas empat hingga lima hari penutup pengudaraan dibuka, putik cendawan akan kelihatan.
- Selepas cendawan tumbuh dan hasil cendawan tersebut dikutip, hasil cendawan tersebut bolehlah dibungkus mengikut kesesuaian.
- Selepas cendawan dipetik, beg PP direhatkan selama tujuh hingga 10 hari dengan menutup semula permukaan beg PP dan dibuka selepas itu untuk kutipan hasil kedua dan seterusnya dengan cara yang sama hingga enam atau lapan kali kutipan.
- Suhu optimum dalam bilik penghasilan adalah 250 darjah C dengan kelembapan di antara 80 dan 95 peratus.
- Untuk mendapatkan keadaan sedemikian penyiraman perlu dijalankan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.
- Cahaya yang sesuai adalah adalah dalam keadaan yang mana seseorang boleh membaca tulisan akhbar di dalam bilik berkenaan.
Musuh dan penyakit
- Perosak utama adalah tikus, lalat, lipas, hama dan nematoda.
- ulat lain yang biasa menyerang media substrat adalah seperti PenicilliumAspergillus danTrichoderma.
- Pengawalan adalah dengan menjaga kebersihan rumah cendawan dan rak-rak dengan menggunakan bahan kimia basmi kuman seperti Dettol dan Lysol setiap kali habis musim penanaman.



Bulan puasa nie bercerita pula pasal makanan kegemaran boleh buat lidah kita kecur.. hehe.. mulalah dalam kepala nie merancang balik nanti nak singgah kedai beli cendawan.. boleh buat menu buka puasa.. Ok la kepada kawan2 fara kat luar sana mana2 yang rasa2 teringin nak makan sayur cendawan nie boleh lah jengah2 resepi cendawan goreng nie yang sangat2 mudah untuk disediakan. tak mengambil masa yang terlalu lama pun.. sekejap je dah siap!! hehe.. selamat mencuba.. ^_~


CENDAWAN GORENG BERLADA



Bahan2 :
1 paket cendawan tiram kelabu
3 biji cili padi (dihiris)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji lada besar merah (dihiris)
1 biji lada besar hijau (dihiris)
Minyak untuk memasak
Sedikit garam & gula
Sedikit serbuk pati ayam Maggi

Cara2 :
Cuci bersih cendawan tiram kelabu & toskan airnya. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili besar merah & hijau hingga naik aromanya.
Masukkan cendawan tiram kelabu. Perasakan dengan serbuk pati ayam Maggi, sedikit 
garam & gula. Biarkan sehingga cendawan masak (tak perlu tambah air kerana cendawan itu sendiri akan mengeluarkan air). Jangan biarkan sampai cendawan terlalu layu. Angkat & sedia dihidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...